RESIPI : KEK COKLAT KARAMEL

Hi, Assalamualaikum.

Hari ni Byla nak share resipi kek coklat karamel. Byla follow resipi dekat facebook je, hihi. Sebab apa Byla rasa nak share? Sebab Byla buat menjadi dan sangat sedap, hahaha *perasan* Resipi ni sangat-sangat mudah dan senang. Byla just share resipi je okay :)


Bahan-bahan:

Step 1:
  • 2 sudu besar gula dicairkan dalam loyang atas api yang perlahan. Kemudian, ratakan gula yang telah dicairkan dipermukaan loyang dan sejukkan.

Step 2 untuk Karamel:
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
    • Putar kesemua bahan sampai sebati.
    • Selepas itu, tuang ke dalam loyang gula tadi (refer: step 1)
    • Kukus dalam 20-25 minit
    • Sejukkan

Step 3 untuk lapisan Kek Coklat:
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko
    • Masukkan dalam periuk, kacau sampai sebati diatas api yang perlahan.
    • Kacau dalam 3-4 minit
  • 4 biji telur yang di blend
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
    • Ayak dahulu bahan-bahan diatas.
    • Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan coklat.
    • Selang-seli dengan telur.
    • Kacau sehingga sebati.
    • Tuangkan diatas karamel (step 2) guna senduk.
    • Kukus selama 45-60 minit.
    • Cucuk dengan lidi kalau nak tahu dah masak ke belum. Kalau kering/ tak melekat tandanya dah pun masak.

Step 4: Siap untuk dihidang. Kalau masuk dalam peti ais lagi sedap. Byla suka sejuk-sejuk sebab kek ni macam karamel telur lembik-lembik. Byla buat kek ni dapat dalam 2 loyang. Banyakkan? Tapi karamel dia pulak yang sikit (nipis), so korang tambahkan laa kuantiti bahan untuk karamel.

Mudahkan? Senang je tak payah pakai oven, hihi.

Kredit : Resipi Sedap 

Comments

  1. First time try kek karamel ni, hancur! Karamel & kek bersatu, jadi lembik dan manis teramat.

    Lepastu tak cuba dah.

    Mungkin boleh try resepi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah buat lagi, practice make perfect gittew. Kurangkan gula atau susu dalam adunan nanti. hihi

      Delete
  2. waaaaa macam sedap je ni byla. bagi la rasa sikit boleh? haha nak buat sendiri macam tak layak lagi je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik, nape pulak tak layak? layak je. Saja je tak nak makan kan? hehehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEMU DUGA UNTUK PEGAWAI CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat

KEPUTUSAN TEMU DUGA PEGAWAI KASTAM KONTRAK